16 November 2011

esok paper spm matematik modern

Salam uolls.


Well, i baru jek balik dari sekolah. Ade sentuhan terakhir katanya. Takut beb. Thn lepas ade sorang budak jek yg dpt B. Yg lain sume dpt A. Takut zaman i jadik penyelaras menurun pulak result budak2 nih. Huhuhu mmg nightmare sungguh.


Rase berdebar ade. Rase lega pon ade. Bedebar gak nak tgk soalan esok camne. Harap2 bdk2 xde la buat perangai pelik2. Mane la tau, ade bdk tetido ke, calculator bateri kong ke, tangan krem ke, aduhai. . . Macam2 pulak pikir. Budak yg nak amek exam, cikgu pulak yg nerves. Rase2 nye dulu cikgu i rilex jek. Time mlm rilex jek dok umah tgk cerekarama. Satu haram pon xde sentuhan terakhir. Salam terakhir adele. Bdk emaresem lain cite pulak. Cikgu pulak yg kene lebih2 excited.


Lagi satu kes, lega satu badan. Habis sudah tugas i as coodinator maths modern nih. Fuhhhh!!! Penat wei. Nak kene plan nak bg soalan mana. Soalan negeri mana yg berkualiti or x. Soalan mana yg available. Bile mase yg sesuai nak bincang. Brape total set yg nak kene riso. Sume tuh nak kene pikio. Agak stress jugak la. 10 kali ganda susah compare zaman i pegang penyelaras maths pmr thn 2009. Mana x susah, i nih kan pemalas sket org nye. Clumsy btul. X brape nk organize. Rase comot sentiasa. Hahaha tu yg keje sikit pon asyik nk merungut. Mulut nih asyik nak membebel jek. Pape pon. I did it okay!!!! Malas2 i pon, at least sume set berjalan.


Rase touchibg pulak. Last night ngan budak2 f5 nih. Kononnye wish gud lak, dapat kan rehat yg cukup so that esok hari x penat, pesanan terakhir jgn tido time exam. Huahuahua. . . I'm touched. 5 thn beb i bawak bdk2 nih. Dr diorang form one. Bunyi bersin diorang pon i bole tau dtg dr siapa. Hihihihi. . . . X senonoh btul kan!!!!! Lagi touching bile kak ji cakap. . . Thn nih la yg saya nampak cukup teratur dari segi persediaan bahan yang cikgu hidayah sediakan. Dengan ada enam set di atas meja, awak semua boleh pilih set mana yang awak nak buat. Wah3. . .  u all dgr tu. Kak ji mention nama i lerrr. . . Kembang setaman. Ingat malas2 i x berisi ke??? Chewah!!! Tetibe terasa bangga la pulak. Sebenanye yg pasal enam set tu, saje jek g hantar riso. Kot2 la ade bdk2 nk buat latihan time riadah. Tapiiiii HARAM!!!! Xde sekoq pon yg dtg. Tuh yg i bawak sume set ke sesi sentuhan terakhir. Mmg sempat sentuh jek la set soalan tuh. Buatnye entah ke idok!!!


Untuk student f5 year 2011;

Cikgu doakan semoga berjaya. Cikgu halalkan semua ilmu yg cikgu bagi. Cikgu ampunkan dosa2 u all. 0 - 0 yea. . . . Cikgu harap semua student 2011 dapat maths A. Itu syarat utk masuk university. Semoga menjadik anak yg soleh & solehah. Jadik anak yg berguna. Dah dapat A jgn lupe kat cikgu. Amin. . .


Untuk pembaca diluar sana;

Doakan lah yg terbaik buat pelajar saya. Jikalau sempat, bacakan lah yassin utk mereka. Jika rajin, buatkan lah solat hajat utk mereka. Semoga dgn doa dr anda semua, pelajar tersebut dapat mengecapi impian dan cita2 yg diidamkan. Sekiranya anda semua keberatan utk melakukannya, cukuplah dengan sekadar mengucap INSYA ALLAH. . . . .


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Post a Comment