Ya!!!! Sempena raya korban ni saya dengan sukacita nya berkorban utk celebrate lembu2 yg bakal korban di kuala kangso. Semoga perjalanan kami ke perak berjalan dengan lancar dan jgn ada yg terkorban. Bukan main lg mr hubby berpesan pesanan supaya kemas barang siap2. Dia gerak dr kl jam 9 pagi. Sampai serting masuk bag then trus gerak balik kuale. Hihihi rase nye everytime nak g memana pon mcm tuh. At the end lain pulak yg jadi. Either mummy x tau baca jam or hubby terbaca jam negara lain. Whatever it is, i'm done packing. X kire la nak g mana2 pon. Kl or kuale, dr mlm lg dah siap pack. So that esok terus bole chow chin chow.
Bercerita pasal kemas. Rumah yg dah serupa tadika kemas nih pon perlu dikemaskan. Memule kemas bag baju. Tetibe qistina buat onar la pulak. Nampak baju flower yg mummy plan nak soh nenek pakaikan esok, terus die amek and soh mummy bukak baju yg die tgh pakai skg. Ape lg, naik hantu la mummy. Dah diterang dgn cara baik. Bahawa baju flower itu pakai esok siang. Still x paham jugak. Dr suara mummy pelahan ya amat, sampai la tinggi yg mana kak kiah surenye pasang telinge. Kompem la melalak qistina tuh. Ade la dua tiga kali mummy lempang babab qistina. At last, mummy amek jalan berdamai, g dapur buat susu. Terus qistina diam. Sambil teman qistina nyusu, sambil tuh mummy lipat kain yg baru angkat dr ampaian. Bijak kan???
Next, mummy nak sapu umah yg hampir sebulan seminggu x sapu. Memule sapu kat bilik. Amboi bukan main sebok qistina tuh. Dah serupe nenek makcik2 nak mengemas. Bile part ruang tamu pulak. Qistina siap kongker penyapu. Time tuh mummy xle sabo. Terus mummy on buai. Masukkan qistina dlm buai. Sambil kemas, basuh pinggan, sidai kain & solat isyak. X prasan pulak yg qistina dah dibuai mimpi. Tetibe terdetik dlm hati kesian pulak kat qistina, kene babab tadi. . .
Lepas sume dh setel, ape lg, susun ar sume bag tuh depan pintu. As usual, senang utk hubby angkut. Tetibe bile tgk bag2 tuh, awat le beriya sgt nak balik kuale nih. Time raya posa pon x sehebat nih. Hihi saje support hubby. Die merungut dah lama sgt qistina and mummy x balik kuale. Tuh yg walaupon cuti setakat 3 ari jek, hubby sanggup balik kuale. So, i mmg x singgah kl la yea esok, terus ke kuale. Ari senin tuh x tau le dpt singgah ke x. Kot2 la mokteh nak belanja jumpa.
Ok lah cukup le setakat ini. Nak masuk bilik. Katil segar memanggil2. Almaklumle. . . Baru tukar cadar. 2 ari lepas qistina lencun. Rase syok jek nak tido mlm nih kan. Fresh!!!! Hihihi kene tido awal. Bukan pe, xmo jd mcm semalam. Dek kepenatan raptai graduasi, i terbangun pukul 6.50 pagi. Lintang pukang jadiknye. Tuh yg mcm pening2 lalat kat belakang dewan. So, mlm nih kene tido awal. Esok g sekolah. Balik umah terus balik kuale. Babai korang.
No comments:
Post a Comment